Khamis, 5 Februari 2009

Pembelajaran Kendiri Minggu Ketiga

PEMBELAJARAN KENDIRI (MINGGU KETIGA)
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Definisi Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
- Merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai “ Test Blue Print”.
- Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran ( melintang)
- Kandungan topik-topik pengajaran
- Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan
- Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
- Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.


Bentuk-Bentuk Ujian
-Objektif
-Esei
-Amali
-Kertas Khusus (dll)

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
- Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.

- Kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

- Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik
dan aras kemahiran.

- Menentukan perseimbangan antara topik dan aras-aras kemahiran yang diuji.
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

v Langkah Pertama
Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

v Langkah Kedua
Tentukan soalan yang hendak dibina
- Objektif
- Jumlah soalan bagi setiap topik.
v Langkah Ketiga
- Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

v Langkah Keempat
- Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).

v Langkah Kelima
- Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
-menentukan aras kesukaran soalan
- penetapan markah

v Langkah Keenam
- Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan